Skuad Pahang tempah tiket ke suku akhir

April 10, 2017

Pasukan Bolasepak Wanita Pahang menebus kekalahan dengan tuan rumah Sarawak semalam apabila layak ke suku akhir setelah menewaskan Kelantan 3-0 dalam Kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah 2017 (PTSR) yang sedang berlangsung di bandaraya Miri.

Menduduki tangga kedua dalam kumpulan C, pasukan PTSR Pahang yang dikendalikan oleh Abdul Rahim Hamzah mencatat dua kemenangan dan satu tewas untuk mengumpul 6 mata manakala juara kumpulan Sarawak mengumpul 9 mata setelah menang dalam semua perlawanan.

PTSR Table 01

Untuk peringkat suku akhir, Pahang akan bertemu naib juara kumpulan A, Perak yang turut mengesahkan tempat di suku akhir setelah menang dengan Selangor 4-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan.

Pada hari esok kesemua pasukan akan berehat sehari dan perlawanan suku akhir akan kembali dilangsungkan pada hari Rabu, 12 April 2017.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan yang melibatkan skuad Pahang dan jadual suku akhir :

Sabtu, 8 April 2017

Pahang 3 (Yasrikalaura 3′ 17′, Rini Nabila 90+4′)
N.Sembilan 0

Ahad, 9 April 2017

Sarawak 3 (Haidee Mosroh 33′ 47′, Siti Rohani 59′)
Pahang 0

Isnin, 10 April 2017

Kelantan 0
Pahang 3 (Shafikah 8′, Noralisa 12′, Rini Nabila 43′)

Suku Akhir (Rabu, 12 April 2017)

PDRM lwn MISC
4.15 petang, Padang Battalion 12 PGA

Sarawak lwn Sabah
4.15 petang, Stadium Miri

Kedah lwn P.Pinang
8.00 pagi, Padang Kelab Rekrasi Petrolium

Perak lwn Pahang
8.00 pagi, Padang Battalion 12 PGA

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…