Skuad Presiden gagal ke suku akhir

July 25, 2017

Perjalanan Skuad Piala Presiden Pahang untuk ke peringkat seterusnya berakhir setelah tewas kepada TTeam dengan keputusan 0-3 dalam perlawanan berlangsung di Stadium MP Temerloh petang semalam.

Walaupun menggunakan 2 pemain Liga Super iaitu bek kiri R Dinesh dan pemain sayap Faisal Halim dalam kesebelasan utama, anak-anak buah Shahrulnizam Sahat gagal untuk mengekang TTeam yang sebelum ini menghuni tangga kedua di belakang N.Sembilan.

Presiden Eleven 2017

Dua jaringan dari Zarulizwan dan satu lagi dari Mohd Akram meletakkan Pahang turun ke tangga ketujuh ketinggalan 4 mata dengan PKNP FC yang berada di tangga ke 5 setelah perlawanan peringkat kumpulan hanya berbaki 1 perlawanan.

Perlawanan terakhir Piala Presiden peringkat kumpulan bagi Pahang ialah pada 31 Julai ini menentang pendahulu liga Negeri Sembilan di Stadium Mini USIM di Nilai.

Presiden vs TTM 2

Setelah berlangsung 17 perlawanan, 2 pasukan dari kumpulan B sudah pun layak iaitu N.Sembilan dan TTeam FC manakala Selangor, Kuala Lumpur, PKNP FC dan PKNS FC perlu menunggu perlawanan terakhir ini untuk mengetahui nasib masin-masing.

Berbeza dengan kumpulan A, 5 pasukan sudah mengesahkan layak ke peringkat kalah mati tanpa perlu menunggu keputusan pada Isnin depan iaitu Kedah, Terengganu, Johor DT III, Kelantan dan Felda United.

Table PP 17

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN