Johor DT 0 - 3 Pahang

April 20, 2018 - 9:00 pm at Tan Sri Haji Hassan Yunus Stadium, LARKIN
  • Match Detail
  • Lineups - Substitutions
  • Match Action
  • Gallery
  • Other Results

Shopee Piala FA 2018

 0 – 3

Hazwan 26′ 
Corbin 52′ 
 10′, 58′, 76′  Cruz
 26′ Safuwan
 75′ Nor Azam

Pahang : Mohd Helmi Eliza (GK) [1], Matthew Davies (Capt.) [2],  Afif Amiruddin [19], Patrick Cruz [5], Norshahrul Idlan [9], Faisal Rosli [14], Nor Azam [20], Safuwan Baharuddin [21], Muslim Ahmad [24], Mohamadou Sumareh [26], R Kogileswaren [28].

Subtitutions : 75′ Bunyamin [12] for Davies [10], 78′ Zaharulnizam [8] for Kogileswaren [28], 82′ Norshahrul [9] for Sumareh [26].

Subs not used: Faisal Rosli [12], Zubir Azmi [16], Remezey Che Ros (GK) [22], R Dinesh [4].

Coach: Dollah Salleh

Johor DT : Farizal Marlias (GK) [1], Nixco Insa (Capt) [30], Marcos Antonio [6], Hazwan Bakri [9], Gonzalo Cabrera [11], Harris Harun [14], Azrif Nasrulhaq [20], Corbin Ong [22], Fadhli Shas [27], Safawi Rashid [29], Nazmi Faiz [21].

Subtitutions : 46′ S Kunanlan [12] for Nazmi Faiz [21], 69′ Safiq Rahim [8] for Fadhli Shah [27], 80′ Darren Lok [17] for Azrif Nasrulhaq [20]

Subs not used: Izham Tarmizi (GK) [24], Afiq Fazail [4], Aidil Zafuan [7], Syafiq Ahmad [28].

Caretaker Coach: Raul Longhi

Referee: Razlan Joffri Ali

Added time: 3′ + 4′


FIRST HALF

Sepak mula oleh JDT.

1′ Serangan pertama JDT melalui Safawi dan dipintas Safuwan untuk tendangan sudut kepada JDT.

Hujan lebat sebelum perlawanan menyebabkan beberapa kawasan di padang ditakungi air. Kedua-dua pemain dilihat bermain dengan berhati-hati.

3′ Kogileswaren melakukan percubaan dari luar kotak penalti tetapi tersasar dari sasaran.

5′ Cabrera mendapat peluang setelah memperdaya beberapa pertahanan Pahang tetapi penyudahnya tersasar. Terselamat pintu gol Pahang.

7′ Vathanaka yang berjaya merampas bola di kanan gawang JDT tetapi cubaannya untuk menewaskan Antonio gagal.

10′  Golllll!!! Cruz!!.

Satu serangan balas dari Pahang melalui hantaran dari Norazam mencari Cruz dimanfaatkan penyerang itu menewaskan Farizal.

11′ Sumareh dijatuhkan Corbin Ong di kiri gol JDT. Sepakan percuma untuk Pahang. Tendangan yang diambil Vathanaka terus ke Farizal.

22′ Sekali lagi Kogileswaren melakukan percubaan dari luar kotak penalti tetapi tersasar.

26′  Dua pemain dilayangkan kad kuning iaitu masing-masing kepada Safuwan dan Hazwan.

29′ JDT memperolehi sepakan percuma dihadapan gol Pahang tetapi sepakan Safawi terkena benteng dan dikeluarkan oleh Helmi kemudiannya.

30′ Rentetan dari sepakan percuma tadi, Pahang melakukan serangan balas tetapi Kogileswaren gagal melepasi Corbin Ong.

37′ Vathanaka berjaya menanduk bola hasil sepakan percuma Azam tetapi ditepis Farizal.

42′ Satu hantaran lintang gagal disambut Sumareh untuk mudah ditangkap Farizal.

Tambahan masa 3 minit untuk separuh masa pertama.

Tamat separuh masa pertama

SECOND HALF

Separuh masa kedua bermula.

52′  Kad kuning kepada Corbin setelah mengasari Sumareh.

JDT melakukan pertukaran pertama sebelum sepak mula separuh masa kedua tadi dilakukan.

Nazmi KELUAR
Kunanlan MASUK

56′ Percubaan Cabrera dari luar kotak penalti susulan sepakan sudut JDT melambung tinggi.

58′  Golll!!!! Cruz!!

Kogileswaren melakukan larian solo dari tepi dan melakukan hantaran kepada Cruz yang mudah menolak masuk ke gawang JDT.

60′ Kesilapan Safuwan yang gagal mengeluarkan bola nyaris memberi gol kepada JDT. Namun rembatan Cabrera mudah dibaca Helmi.

62′ Hazwan sekali lagi melakukan percubaan dari kiri gol Pahang tetapi tersasar.

69′ Pertukaran kedua JDT

Fadli KELUAR
Safiq Rahim MASUK

75′ Pertukaran pertama Pahang

Davies KELUAR
Bunyamin MASUK

Muslim menggantikan Davies sebagai kapten Pahang.

75′  Norazam Azih dilayang kad kuning.

76′  Gol!!!!! Cruzz!!! Hatrik!!!

Cruz dengan bergaya melakukan larian solo menewaskan Harris Harun seterusnya melakukan rembatan menewaskan Farizal.

Hatrik dari Cruz!!!!

78′ Pertukaran kedua Pahang.

Kogi KELUAR
Zaharulnizam MASUK

80′ Pertukaran terakhir JDT

Azrif KELUAR
Darren Lok MASUK

82′ Pertukaran terakhir Pahang

Sumareh KELUAR
Norshahrul MASUK

4 minit masa tambahan

Tamat perlawanan

  • FACQ2 vs Johor DT – 27
  • FACQ2 vs Johor DT – 2
  • FACQ2 vs Johor DT – 6
  • FACQ2 vs Johor DT – 13
  • FACQ2 vs Johor DT – 14
  • FACQ2 vs Johor DT – 18

20th April 2018

Felda United 1-2 PKNP FC (Agregat 2-2, PKNP FC layak kerana peraturan gol tempat lawan)

21th April 2018

Perak 2-2 PKNS FC (Agregat 3-4, PKNS layak)
Selangor 0-3 K.Lumpur (Agregat 3-3, Selangor menang penalti 8-7)