Status pendaftaran Sumareh selesai

January 14, 2019

Oleh : Zulfaizan Mansor

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) boleh menarik nafas lega selepas permohonan mereka mendaftarkan Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan diterima Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Perkara berkenaan disahkan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam dengan status pendaftaran Sumareh sebagai pemain tempatan berkuatkuasa hari ini.

Kevin menjelaskan Ahli Lembaga Pengarah MFL menerima rayuan pasukan Pahang untuk mendaftarkan pemain kelahiran Gambia itu sebagai pemain tempatan pada jendela perpindahan pertama musim 2019.

Beliau berkata, keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira persembahan cemerlang pemain naturalisasi pertama negara itu sepanjang mewakili Malaysia di Piala AFF Suzuki hujung tahun lalu.

“Selepas pertimbangan yang sewajarnya Lembaga Pengarah MFL dengan pemain itu sudah mewakili pasukan kebangsaan Malaysia dan berjaya membawa pasukan kebangsaan ke peringkat akhir Piala AFF 2018.

“Lembaga Pengarah MFL mengambil keputusan membenarkan permohonan kedua pasukan PBNP untuk membenarkan pendaftaran Sumareh dalam jendela perpindahan pertama musim 2019.

“(Ia) sebagai satu usaha yang mempunyai anjakan paradigma ke arah penambah baikkan Liga Malaysia, Lembaga Pengarah MFL percaya bahawa keputusan ini adalah suatu keputusan yang telus dan adil kepada pasukan PBNP dan juga pemain itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Keputusan dibuat MFL itu sebenarnya lebih awal daripada jangkaan Kevin yang sebelum ini menjelaskan status pendaftaran Sumareh hanya akan diketahui Rabu ini.

Terdahulu, pengurus pasukan Pahang, Datuk Suffian Awang ketika ditemui, di sini, hari ini berharap MFL membuat pertimbangan sebaiknya terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan Sumareh sebagai pemain tempatan.

“Kita mohon sangat pertimbangan daripada MFL kerana bagaimana untuk mendaftarkan Sumareh sebagai pemain import kerana dia mempunyai kad pengenalan dan pasport Malaysia.

“Sekiranya Sumareh dapat didaftar sebagai pemain tempatan, ia satu kelebihan buat Pahang untuk mendapatkan lima pemain import. Jadi ruang (tempat) Sumareh itu kita mungkin akan cari penyerang untuk penuhi kuota kelima,” katanya. 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…




  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…




  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…




  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…




  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…