Suffian tuntut Tok Gajah jangan ulangi kesilapan

September 25, 2019

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang enggan skuad itu mengulangi kesilapan seperti yang dilakukan ketika tewas 3-4 kepada Perak pada aksi separuh akhir Piala FA musim ini.  

Biarpun menang 3-1 ke atas The Bos Gaurus di laman sendiri, kebangkitan luar biasa Perak menyebabkan misi Pahang mempertahankan Piala FA berkubur.  

Justeru, beliau mengharapkan anak buah Dollah Salleh mengekalkan prestasi dan belajar daripada kesilapan itu ketika bertemu Melaka United bagi aksi suku akhir kedua Piala Malaysia, Ahad ini.

“Kemenangan bergaya 3-0 ke atas Melaka United pada suku akhir pertama memberi kelebihan besar buat skuad Tok Gajah untuk melangkah ke separuh akhir.  

“Ini kerana perlawanan kedua berlangsung di Stadium Darul Makmur tetapi pemain tidak boleh terlalu selesa kerana apa-apa boleh berlaku jika tersilap langkah.  

“Situasi yang berlaku di Ipoh, Perak pada aksi separuh akhir kedua Piala FA lalu perlu dijadikan pengajaran ketika menang selesa 3-1 tetapi tewas dengan agregat 3-4 kepada Perak,” katanya.  

Selain itu, Mohammed Suffian turut mengharapkan sokongan padu peminat skuad Tok Gajah untuk memastikan misi ke final Piala Malaysia menjadi kenyataan. 

Sebagai rekod, kali terakhir Pahang melangkah ke final piala berprestij itu pada 2014 dan kejuaraan menjadi milik pasukan itu.

Artikel Asal : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/09/610614/suffian-tuntut-tok-gajah-jangan-ulangi-kesilapan


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PMS1)
Malaysia Cup
Darulaman Stadium, ALOR SETAR

(PMS2)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN