Sumareh dihukum FAM

April 26, 2017

Penjaring gol tunggal Pahang di suku akhir Piala FA tempoh hari di Larkin, Mohamadou Sumareh bakal terlepas aksi separuh akhir pertama Piala FA di Kuantan menentang Negeri Sembilan berikutan dihukum gantung satu perlawanan seperti yang diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di laman sosial Facebook mereka semalam.

Dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Baljit Singh Sidhu iaitu Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM malam tadi memutuskan Sumareh didapati bersalah kerana melakukan terjahan semasa perlawanan suku akhir Piala FA menentang Johor DT pada hari Ahad.

Sumareh akan dihukum gantung satu perlawanan iaitu semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala FA menentang Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini 30 April 2017 di Stadium Darulmakmur.

Selain itu, beliau juga didenda RM3,000 atas kesalahan tersebut yang berada di bawah Artikel 81, Kod Tatatertib FAM.

Dalam perlawanan yang berlangsung sengit pada hari Ahad, Pahang layak ke Separuh Akhir Piala FA menyingkirkan Johor DT dengan agregat 4-3 walaupun tewas 1-2 dalam perlawanan tersebut.

Tandukan Sumareh pada minit 87 perlawanan sudah cukup untuk menyebabkan juara bertahan itu kempunan untuk mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.

Berikut adalah kenyataan penuh FAM : 

KEPUTUSAN PENGANTUNGGAN PERLAWANAN KE ATAS PEMAIN-PEMAIN YANG DISABIT KESALAHAN KERANA MENERJAH DAN AMARAN KERAS KEPADA PEMAIN TIDAK BERDISIPLIN

Jawatankuasa Tatatertib, dibawah Artikel 81, Kod Tatatertib FAM telah memutuskan untuk menggantung pemain-pemain berikut satu perlawanan dan denda Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) kerana menerjah di dalam perlawanan masing-masing.

1. Pemain JDT Afiq Fazail (JDT mln Pahang. Suku akhir kedua Piala FA)

Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 06.05.2017, perlawanan 74 Liga Super 2017, Melaka melawan JDT. Ini adalah kerana Pasukan JDT tidak layak ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala FA 2017.

2. Pemain Kedah Mohd Rizal Ghazali (T Team vs Kedah. Liga Super)

(a) Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 09.05.2017, perlawanan 73 Liga Super 2017, PKNS FC melawan Kedah.

(b) Penggantungan otomatik kerana menerima kad merah semasa perlawanan 61 Liga Super, T-Team vs Kedah pada 15.04.2017 adalah pada 26.04.2017, perlawanan 49 Liga Super 2017, Perak melawan Kedah.

3. Pemain T-Team Fakhrurazi Musa (T-Team FC vs Kedah. Liga Super)

(a) Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 06.05.2017, perlawanan 76 Liga Super 2017, T-Team FC melawan Perak.

(b) Penggantungan otomatik kerana menerima kad kuning ketiga semasa perlawanan 61 Liga Super, T-Team FC vs Kedah pada 15.04.2017 adalah pada 26.04.2017, perlawanan 50 Liga Super 2017, T-Team FC melawan Selangor.

4. Pemain Pahang Mohamadou Sumareh (JDT mln Pahang. Suku akhir kedua Piala FA)

Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 30.04.2017, perlawanan 36 (SF1) Piala FA 2017, Pahang melawan Negeri Sembilan.

5. Pemain JDT, Nazmi Faiz Mansor juga telah diberikan amaran keras disebabkan tingkahlaku beliau yang tidak profesional apabila enggan bersalaman dengan pemain Pahang sebaik tamat perlawanan pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2017 yang lepas.

Datuk Baljit Singh Sidhu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…