Sumareh kini pemain tempatan

January 14, 2019

Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau sebagai pemain tempatan berkuatkuasa hari ini.

Pengumuman itu dilakukan MFL dalam kesemua media sosialnya menurut kenyataan mereka Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam mengesahkan yang Ahli Lembaga Pengarah MFL menerima rayuan pasukan Pahang untuk mendaftarkan Sumareh sebagai pemain tempatan pada Jendela Perpindahan Pertama musim 2019.

Selepas perbincangan yang dilakukan, keputusan telahpun dicapai oleh Lembaga Pengarah MFL pada 28 September 2018 untuk membuat pengecualian syarat pendaftaran 5 tahun selepas pemain tersebut mendapat passport warganegara yang sah dan membenarkan Sumareh didaftar sebagai pemain tempatan bukan lagi lima tahun tetapi hanya satu tahun dari tarikh permohonan Pahang iaitu dari 2 Mac 2019.

Menurut keputusan yang dicapai oleh Lembaga Pengarah MFL pada 28 September 2018 itu, Pahang hanya boleh mendaftar Sumareh sebagai pemain tempatan dari 2 Mac 2019.

Pahang pula kemudian telah membuat rayuan untuk membenarkan Sumareh didaftarkan sebagai pemain tempatan dalam Jendela Perpindahan Pertama oleh kerana tarikh 2 Mac 2019 tersebut adalah tarikh selepas penutupan Jendela Perpindahan Pertama musim 2019. 

Namun selepas pertimbangan yang sewajarnya oleh Lembaga Pengarah MFL dimana pemain tersebut telahpun mewakili pasukan kebangsaan Malaysia dan lebih-lebih lagi berjaya membawa pasukan kebangsaan ke peringkat akhir Piala AFF 2018, Lembaga Pengarah MFL telah mengambil keputusan untuk membenarkan permohonan kedua pasukan Pahang untuk membenarkan pendaftaran Sumareh dalam Jendela Perpindahan Pertama musim 2019. 

Sebagai suatu usaha yang mempunyai anjakan paradigma ke arah penambah baikkan Liga Malaysia, Lembaga Pengarah MFL percaya bahawa keputusan ini adalah suatu keputusan yang telus dan adil kepada pasukan Pahang dan juga pemain tersebut,

– Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam

Keputusan ini diumumkan awal dua hari dari jangkaan dan membolehkan Pahang mencari seorang lagi calon pemain import bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Sumareh.

Sehingga kini, Pahang sudah menandatangani dua pemain import baru iaitu Hérold Goulon dari Perancis serta pemain muda Indonesia Saddil Ramdani selain mengekalkan pemain kebangsaan Singapura Safuwan Baharuddin.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PM4)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(PM5)
Malaysia Cup
Perak Stadium, IPOH