Sumareh yakin kemampuan Tok Gajah

July 14, 2019

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh percaya skuad Pahang akan menamatkan saingan Liga Super sebagai naib juara musim ini. 

Berbaki dua perlawanan dan memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri, skuad kendalian Dollah Salleh itu dijangka tidak berdepan masalah untuk mengutip enam mata penuh.  

Dijadual bertemu FELDA United dan Melaka United di Stadium Darul Makmur dalam aksi pada 17 dan 20 Julai ini, Sumareh berkata dia dan rakan sepasukannya tidak rela pasukan lawan membawa pulang sebarang mata.

“Kami akan pastikan kemenangan buat skuad Tok Gajah sebelum fokus bagi menghadapi kempen Piala Malaysia selepas ini,” kata pemain berumur 25 tahun itu.  

Mengulas tugasan selaku penyerang skuad Tok Gajah ketika seri 1-1 ketika berdepan Terengganu FC (TTC) kelmarin, Sumareh mengakui gembira kerana jaringannya pada babak kedua membantu pasukan mengutip satu mata.  

Pemain kelahiran Gambia itu berkata jaringan itu mengelak skuad Tok Gajah daripada berputih mata selepas ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama.

“Kami bertandang ke tempat lawan untuk mencatat kemenangan tetapi TFC memberi tentangan sengit dan akur sekadar mengutip satu mata,” katanya.  

Pada perlawanan itu, Pahang menyandarkan harapan kepada Sumareh untuk mengetuai jentera serangan selepas penyerang import, Dickson Nwakaeme belum pulih daripada kecederaan.  

Percaturan itu nyata menjadi apabila Sumareh menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-50 selepas ketinggalan 0-1 hasil jaringan Ahmad Syamim Yahya minit ke-42.

Artikel Asal : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/07/584903/sumareh-yakin-kemampuan-tok-gajah


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PM4)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(PM5)
Malaysia Cup
Perak Stadium, IPOH