Tandukan Sumareh singkir juara bertahan

April 25, 2017

Piala FA bakal mendapat juara baru apabila juara bertahan, Johor DT tersingkir setelah tunduk di tangan Pahang dalam perlawanan penuh dramatik di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunus, Larkin pada malam Ahad.

Jaringan melalui tandukan Sumareh ketika aksi berbaki 3 minit dalam masa sebenar sudah cukup untuk menyebabkan ribuan penyokong tuan rumah yang membanjiri stadium keramat mereka untuk pulang dengan hampa.

Sebelum itu, Dollah Salleh kembali menggandingkan Afif Amiruddin bersama pemain import dari Korea Selatan Jaewoon di barisan pertahanan untuk kesebelasan utama setelah menggunakan gandingan Muslim-Jaewoon sebelum ini manakala mengekalkan pemain yang lain termasuk mengunakan Joseph Kalang Tie sebagai penyerang membantu Matheus Aleves.

Johor DT garang menyerang sejak wisel permainan ditiupkan oleh pengadil perlawanan untuk memburu gol awal bagi memadam defisit dua gol yang dibawa Pahang semasa perlawanan pusingan pertama tempoh hari.

17

Usaha mereka berhasil apabila berjaya menjaringkan gol pertama seawal minit ke 6 melalui Cabrera yang memanfaatkan hantaran dari Syafiq Rahim untuk mudah menewaskan Azraie ketika pertahanan Pahang masih lagi belum dapat rentak permainan.

Johor DT kemudian menambah gol kedua kemudiannya pada minit ke 22 setelah Azrif berjaya mencuri bola dari kaki Zaharulnizam seterusnya melakukan hantaran kepada Guerra yang tidak menghadapi masalah menewaskan Azraie bagi mnjadikan kedudukan 2-0.

Gol itu menyamakan jaringan agregrat bagi kedua-dua pasukan tetapi masih memberi kelebihan kepada Johor DT yang akan layak melalui peraturan gol di tempat lawan setelah sebelum ini berjaya memperolehi satu gol di Darulmakmur.

3Menyedari mereka sudah berada di sebelah kaki ke separuh akhir, Johor DT mengendurkan asakan dan peluang ini digunakan oleh anak-anak buah Dollah Salleh untuk mencari sekurang-kurang satu gol bagi menghidupkan kembali peluang.

Kemasukan Nuridzuan yang melakukan penampilan pertamannya bersama Pahang bagi menggantikan Syamim nyata berhasil apabila beliau melakukan hantaran cantik ke depan gol Johor DT untuk ditanduk Sumareh sekaligus mengubah kedudukan berpihak kepada Pahang untuk mendahului dari segi 4-3 dari segi agregat.

Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan dengan Pahang layak ke separuh akhir dan menyingkirkan juara bertahan untuk bertemu Negeri Sembilan yang sebelum itu sudah layak setelah menewaskan Sabah 1-0 secara agregat.

15

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features