Tiada ehsan buat Seladang

August 9, 2019

Pahang terus unggul menguasai takhta kumpulan C setelah mudah mengatasi Perak 3 gol tanpa balas dalam perlawanan kedua Piala Malaysia yang berlangsung Stadium Darul Makmur malam tadi.

Perak yang menang pada perlawanan pertama menentang Sabah pada Ahad menurunkan barisan terkuatnya namun gagal menyaingi skuad Dollah Salleh yang nyata lebih menyerlah pada perlawanan tersebut.

Sebelum itu, Dollah Salleh mengekalkan barisan sama ketika menang menentang Pulau Pinang kecuali menyenaraikan kembali awang import dari Indonesia, Saddil Ramdani bagi menggantikan Norshahrul Idlan Talha yang bermula dari bangku simpanan.

Pahang nyata lebih menguasai perlawanan dengan menlancarkan serangan pertali arus namun pertahanan Perak yang diketuai oleh Hossein El Dor dan Shahrul Saad berjaya menyerap asakan.

Tetapi gawang Perak bocor juga pada minit ke 40 setelah Harold Goulon menggunakan ketinggiannya berjaya menyambut sepakan percuma dari Norazam Azih untuk menanduk mengelirukan penjaga gol Perak Hafizul Hakim.

Bersambung babak kedua, Pahang terus menambah gol apabila Mohamadou Sumareh bijak meloloskan diri dari perangkap offside pertahanan Perak untuk melakukan hantaran kepada Saddil yang hanya perlu menampan bola yang dalam gawang yang sudah terbuka.

Stadium Darulmakmur gamat sekali lagi apabila Lazarus Kiambi mematikan sisa perjuangan pelawat dengan menjaringkan gol ketiga setelah melakukan larian solo utnuk menewaskan Hafizul Hakim.

Kedudukan 3 gol tanpa balas kekal sehingga tamat wisel ditiupkan pengadil perlawanan untuk membolehkan Pahang unggul di tangga teratas dengan mengumpul 6 mata dari 2 perlawanan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PMS1)
Malaysia Cup
Darulaman Stadium, ALOR SETAR

(PMS2)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN