Tiket Akhir mula dijual esok

May 17, 2017

Kehangatan perlawanan akhir Piala FA di antara Pahang menentang Kedah pada sabtu akan semakin hangat apabila sebanyak 32,000 keping tiket termasuk 750 keping tiket kanak-kanak akan mula dijual kepada peminat-peminat Pahang bermula pada hari esok (Khamis, 18 Mei 2017).

Jumlah tiket ini adalah sebahagian daripada 74,000 tiket dewasa dan 2,000 tiket kanak-kanak yang diputuskan untuk dijual seperti diumum oleh FMLLP selaku penganjur perlawanan pada hari Isnin lepas dengan 6,000 keping tiket lagi dijual secara atas talian.

Penjualan tiket akan bermula jam 10 pagi sehingga habis akan dilakukan di semua kaunter di Stadium Darulmakmur termasuk satu kaunter yang dkhaskan untuk wanita di bangunan ‘banglo’ bersebelahan dengan pintu masuk utama stadium.

Beli tiket 2

Harga bagi sekeping tiket ialah RM50 bagi dewasa manakala bagi kanak-kanak adalah berharga RM5 sekeping dengan setiap peminat hanya dihadkan pembelian sebanyak 4 keping tiket sahaja.

Hanya di Stadium Darulmakmur sahaja diadakan penjualan tiket secara terbuka namun PBNP ada memperuntukkan tiket kepada Persatuan Bolasepak Daerah di setiap daerah di Negeri Pahang tetapi tiket-tiket yang diagihkan adalah terhad.

Pahang yang memburu kejuaraan Piala FA yang ke 3 akan menentang Kedah dalam perlawanan akhir Piala FA edisi ke 28 ini setelah menewaskan pasukan lawan masing-masing di separuh akhir pada hari Sabtu lepas.

Perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam dan akan disiarkan secara langsung melalui saluran Media Prima, TV3.

WhatsApp Image 2017 05 17 at 4.47.53 PM


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN