Tiket aksi separuh akhir mula dijual Sabtu

April 28, 2017

Tiket bagi perlawanan separuh akhir Piala FA antara Pahang menentang Negeri Sembilan yang dijadualkan pada hari Ahad, 30 April 2017 di Stadium Darulmakmur, Kuantan dijadualkan akan mula di jual pada hari esok (Sabtu)

Sebanyak 10 ribu keping tiket akan mula dijual pada hari Sabtu di semua kaunter bermula jam 2 petang manakala bakinya akan dijual pada hari perlawanan iaitu hari Ahad bermula 10 pagi.

Seperti biasa mengikut amalan sebelum ini, kaunter khas untuk peminat wanita juga akan dibuka dan lokasi penjualan akan dilakukan di banglo bersebelahan dengan pintu masuk utama stadium.

Harga tiket adalah RM25.00 untuk Pentas Utama, RM15.00 (berbumbung), RM12.00 (terbuka) manakala kanak-kanak (RM8.00) dan setiap peminat hanya dihadkan untuk membeli 4 keping tiket seorang sahaja.

Peminat juga dinasihatkan untuk membeli dan masuk mengikut pintu yang tertera di tiket masing-masing kerana pintu pagar di dalam stadium akan ditutup semasa hari perlawanan.

Pahang layak ke separuh akhir Piala FA setelah menewaskan Johor DT pada minggu lepas dengan agregat 4-3 manakala Negeri Sembilan layak setelah menewaskan Sabah dengan agregat 1-0.

Infografik TiketPHGNS


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features