Tiket mula dijual esok

February 8, 2019

Penjualan tiket bagi perlawanan pertama Liga Super di antara Pahang menentang Terengganu FC di Stadium Darul Makmur pada hari Sabtu akan dilakukan pada esok pagi.

Sebanyak 28,000 keping tiket diperuntukkan kepada penyokong-penyokong yang ingin hadir menyaksikan perlawanan ini dengan satu kaunter khas untuk penyokong wanita juga disediakan.

Mengekalkan harga lama iaitu RM23 untuk Pentas Utama yang bernombor,
RM13 (berbumbung) dan RM10 (terbuka) penjualan akan bermula pada jam 9.00 pagi dan peminat dinasihatkan membeli awal bagi mengelak sebarang kesulitan.

Perlawanan pada malam esok dijangka akan dibanjiri penonton berikutan cuti panjang tahun baru cina selain dengan keterujaan penyokong untuk melihat ‘orang besi’ Dickson Nwakaeme beraksi di gelanggang sendiri.

Dickson cemerlang membantu Pahang menewaskan Kuala Lumpur pada perlawanan lepas dengan keputusan 3-1 yang mana beliau turut menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PM4)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(PM5)
Malaysia Cup
Perak Stadium, IPOH