Tocang mahu rampas kembali tempat

July 28, 2019

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Terlepas lima perlawanan terakhir Liga Super begitu memeritkan buat pemain pertahanan Pahang, Mohd Faisal Rosli yang kini bersedia menghadapi saingan Piala Malaysia.

Mohd Faisal atau dikenali Tocang berkata, kecederaan lutut kanan dialami pada separuh akhir kedua Piala FA menyaksikan dia terpaksa berehat panjang.

“Sudah pasti saya terkilan apabila terlepas lima perlawanan walaupun Pahang muncul naib juara Liga Super musim ini.

“Namun, saya sudah menjalani latihan ringan bersama rakan sepasukan dan berusaha mengembalikan prestasi terbaik terutama daripada segi kecergasan. 

“Ini kerana beraksi dalam saingan Piala Malaysia, semua pasukan mahu yang menjulang piala berprestij itu memerlukan komitmen tinggi,” katanya.

Kecederaan dialami Mohd Faisal menyaksikan kekosongan ditinggalkan pemain pertahanan itu diisi Zubir Azmi.

Prestasi mantap ditampilkan Zubir memberi saingan sengit kepadanya untuk merampas kembali posisi itu.

Saingan Piala Malaysia membuka tirai 3 Ogos ini dan skuad kendalian Dollah Salleh diundi dalam Kumpulan C bersama juara bertahan Perak, Sabah yang baru dinobatkan juara Liga Perdana dan Pulau Pinang.

Ditanya mengenai peluang Pahang menjulang kembali piala itu dengan kali terakhir dimenangi pada 2014, Mohd Faisal yakin skuad itu mampu melakukannya sekali lagi musim ini.

Artikel Asal : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/07/589991/tocang-mahu-rampas-kembali-tempat


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PMS1)
Malaysia Cup
Darulaman Stadium, ALOR SETAR

(PMS2)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN