Tok Gajah bangkit di Bangkok

January 11, 2019

Oleh Asrol Awang

KUANTAN: Pahang meraih kemenangan pertama dalam dua aksi pra musim apabila membenam kelab Thailand, Chonburi FC 2-1, pada perlawanan kedua di Stadium Chonburi, Bangkok, semalam. 

Kemenangan skuad kendalian Dollah Salleh itu diraih selepas tewas 1-3 kepada kelab Divisyen 1 Kemboja, Visakha FC, pada aksi pertama kempen pra musim, Selasa lalu. 

Kejayaan itu bukan saja melonjakkan semangat pemain yang mula mempamerkan peningkatan, tetapi cukup penting buat pemain muda Tok Gajah, Zuhair Aizat Nazri yang diberi peluang beraksi dan berjaya meledak satu gol.

“Saya berterima kasih kepada jurulatih kerana memberi kepercayaan dalam dua perlawanan berdepan Chonburi dan Visakha. 

“Biarpun diberi peluang beraksi pada babak kedua selama 20 minit, ia pengalaman berharga untuk memastikan saya bersedia, bukan sahaja daripada segi persembahan permainan, malah kekuatan mental,” katanya.

Baginya, aksi menentang pasukan utama Liga 1 Thailand itu memang sukar, namun selepas berjaya menjaringkan gol, tahap keyakinannya semakin meningkat.

Selepas mencuri perhatian Dollah, Zuhair Aizat yang berperanan sebagai arkitek pasukann mahu terus menyakinkan pengendali berpengalaman itu untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama, menjelang Liga Malaysia (Liga M) 2019. 

Esok, skuad Tok Gajah akan menamatkan siri Jelajah Thailand bertemu Army United FC yang beraksi dalam Liga 2 Thailand.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…




  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…




  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…




  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…




  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…