Tok Gajah bawa bekalan selesa

September 18, 2017

3 gol dalam masa 5 minit pada separuh masa pertama membolehkan Pahang membawa dua gol sebagai bekalan untuk perlawanan timbal balik suku akhir TM Piala Malaysia 2017 di Ipoh setelah menewaskan The Bos Gaurus di Stadium Darulmakmur malam semalam.

Gol-gol jaringan Wan Zaharulnizam, Afif Amiruddin dan Ketua Pasukan, MAtthew Davies menafikan episod yang sama berlaku pada pasukan tuan rumah yang tewas kesemuanya dalam perlawanan lain suku akhir yang berlangsung pada hari Jumaat.

Pemangku Ketua Jurulatih Pahang, Ahmad Shahruddin Rosdi mengekalkan barisan sama semasa menang menentang TTeam kecuali perubahan kecil iaitu menukar posisi Davies sebagai pemain sayap dan posisinya diambil alih oleh Saifulnizam Miswan.

Perlawanan sebelum itu dimulakan dengan sesi bertakafur selama seminit dan menghadiahkan Al-Fatihah kepada DYMM Sultan Kedah,Sultan Abdul Halim yang mangkat pada 11 September 2017 dan juga 23 mangsa tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terkorban pada Khamis lepas.

12

Pahang sepatutnya berada di hadapan seawal minit pertama apabila Mathew Davies hanya mampu melihat bola rembatannya sedikit terkeluar dari pintu gol Perak yang dikawal Hafizul Hakim yang sebelum itu sudahpun tertewas.

Penjaga gol Perak, Hafizul Hakim juga tewas lebih awal apabila Wan Zaharulnizam berjaya memasukkan bola ke dalam gawang gol pada minit ke 11 tetapi gol itu dibatalkan pengadil kerana Zaharulnizam terlebih dahulu di kedudukan offside ketika Sumareh mengumpan bola kepadanya.

Bertitik tolak itu, Pahang terus menggandakan asakan melalui rangkaian serangannya yang diketuai Matheus Alves dan hasilnya memperolehi gol pertama melalui Wan Zaharulnizam pada minit ke 36 setelah menolak hantaran leret Matthew Davies di hadapan gol Perak.

Selang seminit kemudian, Pahang terus menambah satu lagi gol kali ini melalui Afif Amiruddin yang mengambil kesempatan dalam suasana kelam kabut dihadapan gol Perak hasil gerakan yang dimulakan dengan sepakan percuma oleh Norazam Azih dari tengah padang untuk menjadikan kedudukan 2-0.

18

3 minit kemudian, giliran Matthew Davies pula melebarkan kedudukan menjadi 3-0 apabila memanfaatkan hantaran Sumareh yang menewaskan pertahanan Perak sebelum itu dan Matthew yang tidak dikawal berjaya merembat bola mencecah jaring pada percubaan kedua setelah percubaan pertamanya dihalang Hafizul.

Separuh masa kedua, Perak pula bermula garang untuk memburu gol pertama bagi mengecilkan jurang kedudukan tetapi Pahang tenang bertahan dengan sekali sekala melakukan serangan balas.

Namun ,gawang Pahang yang dikawal Azraie bocor jua apabila tewas hasil jaringan Gilmar Da Silva pada minit ke 69 setelah merembat bola dari jarak dekat ketika pertahanan Pahang gagal dalam usaha untuk mengeluarkan bola dari kotak penalti.

Keputusan 3-1 berpihak pada tuan rumah kekal sehingga wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan Razlan Jafri Ali menjadikan Pahang pasukan tuan rumah tunggal untuk suku akhir pertama ini yang menang sebelum bertandang ke tempat lawan pada 23 September ini di Ipoh.

39

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN