Tok Gajah belum muktamad status pemain

November 2, 2018

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Belum ada kata putus berhubung status pemain Pahang yang beraksi musim ini sama ada kekal sebagai persediaan mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.

Pengurus pasukan, Datuk Mohammed Sufian Awang berkata, segala-galanya masih lagi dalam peringkat penilaian yang dikendalikan Dollah Salleh selaku jurulatih Tok Gajah.

“Dari segi keputusan pemain yang akan kekal dalam skuad Pahang musim depan kini dalam peringkat terakhir penilaian. Namun, saya tidak menolak kemungkinan ada pemain yang tidak disambung kontrak.

“Apa yang boleh saya katakan ada pemain import yang beraksi musim ini tidak lagi bersama Pahang.

“Namun, segala keputusan akan diputuskan Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah selaku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP),” katanya.

Difahamkan, dua pemain import yang tidak dilanjutkan kontrak adalah Austin Amutu dan Issey Nakajima.

Musim ini, Pahang turut menyenaraikan tiga lagi pemain import iaitu Safuwan Baharudin, Patrick Cruz dan Mohamodou Sumareh.

Namun, bagi musim depan, Sumareh yang menyarung jersi skuad kebangsaan hanya boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan bermula Mac 2019.

Berdasarkan pencapaian musim ini, Pahang berjaya menjulang Piala FA, menduduki tangga keempat Liga Super dan terkandas di suku akhir Piala Malaysia.

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…