Tok Gajah belum selesa

August 20, 2019

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Skuad Pahang belum selesa biarpun sudah merekodkan tiga kemenangan dalam saingan kumpulan C Piala Malaysia.  

Kejayaan mengungguli kumpulan C dengan sembilan mata berbaki tiga perlawanan juga bukan jaminan pasukan itu sudah layak ke saingan suku akhir.  

Pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammmed Suffian Awang mahu skuad kendalian Dollah Salleh mengekalkan rentak cemerlang dan konsisten dalam tiga baki perlawanan selepas ini.  

“Walaupun kita belum lagi tewas dan mengutip sembilan mata, tetapi ia belum boleh menjamin tempat ke suku akhir.  

“Sebab itu saya minta pemain kekalkan prestasi dan menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan kedudukan terbaik.  

“Kami berpuas hati kerana misi merekodkan kemenangan pada setiap perlawanan setakat ini menjadi kenyataan,” katanya.  

Mengulas sentuhan berbisa dua permata hitam iaitu Dickson Nwakame dan Lazarus Kaimbi, beliau berharap sentuhan daripada kedua pemain itu dapat diteruskan dalam aksi selepas ini.

“Pada masa sama, jentera tengah dan pertahanan mengekalkan fokus dan ¬†konsisten untuk menyekat lawan daripada membolosi gawang pasukan,” katanya.

Artikel Asal : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/08/598051/tok-gajah-belum-selesa


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PM6)
Malaysia Cup
Penang State Stadium, BATU KAWAN