Tok Gajah enggan tewas lagi

June 10, 2018

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Pemain Pahang tidak perlu menangisi kekalahan tipis 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super, Jumaat lalu. Sebaliknya, skuad Tok Gajah digesa kembali fokus apabila kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi di Stadium Darul Makmur, Selasa ini.

Pengurus pasukan, Datuk Mohammed Sufian Awang berkata, kekalahan itu tidak akan mematahkan semangat skuad kendalian Dollah Salleh untuk menebus kekecewaan di Larkin.

“Semua pemain tidak perlu lagi mengingati kekalahan kepada JDT kerana mereka mempunyai misi untuk memastikan tiga mata menjadi milik Tok Gajah, Selasa ini.

“Tewas kepada JDT tidak bermakna kita tidak mampu bangkit kerana Pahang pernah menewaskan lawan 3-0 pada saingan suku akhir Piala FA lalu.

“Saya percaya kekalahan tipis 0-1 memberi lebih ruang untuk skuad ini memperkemaskan lagi jentera pasukan terutama menambah bisa di bahagian serangan,” katanya.

Justeru, beliau mahu skuad Tok Gajah melakukan kebangkitan dan menafikan Harimau Selatan daripada membawa pulang mata di Kuantan.

Katanya, tiada yang mustahil untuk melakar kemenangan ke atas JDT kerana dengan mempamer semangat juang dan komitmen tinggi, kejayaan akan berpihak kepada Pahang.

“Apa yang perlu dilakukan pemain adalah bermain tanpa tekanan dan bijak memanfaatkan segala peluang yang dimiliki untuk kembali merekodkan kemenangan.

“Jika pemain bijak mengawal permainan dan tidak melakukan kesilapan mudah, tiga mata pasti menjadi milik Pahang,” katanya.

Selepas mengharungi 14 perlawanan, Pahang kini menduduki tangga ketiga dengan 24 mata manakala JDT pula selesa di persada liga dengan mengumpul 35 mata.

Berita asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Pahang terus pimpin liga

    Pahang kembali merampas kedudukan teratas liga setelah menang bergaya dengan keputusan 3-0 kepada pasukan jiran Terengganu FC dalam saingan Liga Super malam tadi.

  • Tiket mula dijual esok

    Penjualan tiket bagi perlawanan pertama Liga Super di antara Pahang menentang Terengganu FC di Stadium Darul Makmur pada hari Sabtu akan dilakukan pada esok pagi.

  • Kim Swee panggil 3 pemain Pahang

    Ketua Jurulatih B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan 26 senarai pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat skuad itu yang mana 3 daripadanya adalah dari pasukan Pahang.

  • Nwakaeme buktikan masih berbisa

    Dua jaringan ‘orang besi’ Dickson Nwakaeme sudah cukup untuk membuktikan bisanya masih belum hilang setelah membantu Pahang membenam cabaran Kuala

    Read More…

  • Pemain dan Jersi baru Pahang diperkenal

    Pasukan Pahang semalam mengadakan sesi memperkenalkan pemain dan juga jersi terbarunya jenama UMBRO dalam majlis penuh meriah dihadiri ribuan peminat

    Read More…

Copyright © 2015 Pahang FA. All Right Reserved