Tok Gajah janji lebih agresif

September 11, 2017

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Tidak mahu terlepas peluang beraksi di pentas final Piala Malaysia musim ini, skuad Pahang akan tampil dengan aksi lebih mantap apabila bertemu Perak pada suku akhir piala itu.

Nor Azam Azih yang membantu skuad negara meraih pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur mahu segala kelemahan diperbaiki sebagai persediaan menghadapi Perak yang dilihat memiliki pasukan yang mantap.

“Kami harap pertemuan dengan Perak adalah detik kebangkitan yang akan dipersembahkan terutama daripada segi prestasi untuk memastikan misi ke final piala itu menjadi kenyataan.

“Pada masa sama, kami dapat mengulangi kejayaan Pahang muncul juara berganda Piala Malaysia pada 2013 dan 2014,” kata pemain berumur 22 tahun itu, ketika dihubungi di sini hari ini.

Nor Azam yang menjaringkan satu gol ketika Pahang menewaskan T-Team 3-2 Sabtu lalu berkata, prestasinya juga akan dipertingkatkan kerana masih belum berada pada prestasi terbaik.

Pemain kelahiran FELDA Jengka 21, Maran itu menganggap masih banyak yang perlu dilakukan bagi memperkemaskan lagi skuad Pahang.

“Dengan prestasi semasa, kami perlu lebih berwaspada dan memastikan perlawanan pertama berakhir dengan kemenangan untuk melangkah ke pusingan seterusnya,” katanya.

Pada saingan peringkat Kumpulan A, Pahang menamatkan aksi di tempat kedua dengan mengutip sembilan mata manakala Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC pula muncul juara kumpulan dengan mengutip 11 mata.

Berita asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN