Tok Gajah lunas dendam benam Helang Merah

August 6, 2017

Oleh : Zamzurina Ahmad

KUANTAN 5 Ogos – Skuad Tok Gajah memadam igauan buruk apabila melunaskan dendam ke atas Helang Merah dengan menundukkan pasukan itu 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, di sini malam tadi.

Penyerang import, Matheus Alves Leandro muncul wira pasukan tuan rumah apabila jaringannya pada minit ke-80 memastikan Pahang mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan tumpuan itu.

Terdahulu, Yamil Romero membuka jaringan pasukan Pahang pada minit ke-64 namun kelebihan itu tidak bertahan lama selepas pemain muda Kedah, Syafiq Ahmad menyamakan kedudukan 14 minit kemudian.

Sebelum ini, Pahang dua kali tewas menentang Kedah musim ini iaitu dalam saingan pusingan pertama Liga Super di Alor Setar dan final Piala FA di Stadium Shah Alam. – UTUSAN ONLINE

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features