Tok Gajah makin serasi

January 10, 2018

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Skuad Pahang menamatkan aksi pramusim di Thailand dengan mencatat dua kemenangan dan tewas sekali dalam tiga perlawanan sebagai persediaan mengharungi Liga Malaysia musim ini.

Pada aksi semalam, skuad kendalian Dollah Salleh itu tewas tipis 0-1 kepada kelab Korea Selatan, Gyeongnam FC.

Dua perlawanan terdahulu, skuad Tok Gajah membenam dua kelab Thailand iaitu Air Force Central 4-1 dan Muangthong United (3-1).

Keputusan itu sudah pasti membantu Dollah dalam membentuk kesebelasan terbaik bagi menghadapi saingan Liga Super musim 2018.

Bagi penjaga gol, Remezey Che Ros, dia bersama rakan sepasukan berpuas hati dengan keputusan itu walaupun gagal menyekat kelab dari Korea Selatan.

Katanya, walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki, tempoh sebulan ini sebelum saingan Liga Malaysia bermula, keputusan positif mampu dicapai.

“Secara peribadi, saya akui masih lagi belum mencapai prestasi terbaik dan percaya mampu meningkatkan lagi corak permainan dalam tempoh sebulan ini.

“Bukan saya saja, malah rakan lain juga akan berusaha untuk membentuk persefahaman secept mungkin,” kata pemain berumur 35 tahun itu.

Musim ini, Remezey antara pemain baharu Pahang yang disenaraikan musim ini dijangka merebut posisi penjaga gol utama dengan Helmi Eliza Elias.

Ini kerana bekas penjaga gol musim lalu, Wan Azraei Wan Teh berhijrah ke Terengganu FC I (TFCI).

Berita Asal 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Amuk Pahang di Kuantan

    Rentetan kekalahan untuk kali ketiga Pahang berjaya dielakkan apabila membelasah Kuala Lumpur 4-0 dalam perlawanan ke-12 Unifi Liga Super Malaysia

    Read More…

  • Pahang hampa di Alor Setar

    Gol jaringan ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar serta pemain tengah import Liridon Krasniqi sudah cukup untuk  meranapkan hasrat Pahang untuk

    Read More…

  • Undilah Cruz dan Azam!

    Buat kali pertama pada musim ini, dua pemain Pahang menjadi pilihan panel pemilihan untuk dinobatkan Anugerah Pemain Terbaik PFAM-asiana.my untuk

    Read More…

  • Pahang dipaksa berkongsi mata dengan Kedah

    Misi Pahang mengekalkan kemenangan sebanyak 4 perlawanan berturut-turut tersekat apabila dipaksa seri 2-2 dengan pasukan Lang Merah, Kedah dengan pemain

    Read More…

  • PBNP ziarah keluarga arwah Pak Sheikh

    Pada 27 April lalu, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) telah melakukan ziarah hormat kepada keluarga Sheikh Mahd Idris bin Sheikh

    Read More…