Tok Gajah pamer watak sebenar

February 12, 2018

Oleh : Subkhi Sudarji

Pahang kini telah kembali kepada perwatakan sebenar yang dicari-cari selepas membenam cabaran Kelantan, 3-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur. malam kelmarin.

Selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan sulung dan kecundang 0-1 kepada PKNS FC, Rabu lalu, skuad bimbingan Dollah Salleh akhirnya meraih kemenangan sulung hasil jaringan

Forkey Doe pada minit ke-12, Mohamadou Sumareh (m-54) dan Nor Azam Azih (m-87).

Bagi Dollah, kemenangan itu juga menyaksikan skuad bimbingannya kembali pada prestasi terbaik untuk memberikan saingan.

“Kemenangan pertama dalam saingan liga ini akan membantu pemain untuk beraksi dengan lebih baik dan bersemangat pada perlawanan akan datang.

“Pada perlawanan ini juga dapat dilihat prestasi sebenar Pahang yang sebelum ini digeruni lawan dipersembahkan malam ini,” katanya.

Mengulas perlawanan tersebut, Dollah yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan mengakui kehadiran Forkey Doe memberi impak yang ketara.

“Sumbangan bekas penyerang Kelantan, NS Matrik, Terengganu, Felda United dan Selangor itu banyak membantu Pahang dalam memperkasakan kembali jentera serangan yang tumpul.

“Saya gembira dengan komitmen tinggi dipersembahkan Doe walaupun dia baharu saja menyertai Pahang minggu ini kerana tahap kecergasan belum mencapai 100 peratus.

“Tapi dia berjaya beraksi selama 85 minit perlawanan dan membuktikan betapa pengalaman yang dimiliki dalam saingan Liga Malaysia memberi kelebihan,” katanya.

Penyerang Liberia berkenaan membuktikan kehadirannya memberi kesan positif  selepas Pahang gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan lalu.

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features