Tok Gajah perlu garang benam Pulau Pinang

September 17, 2019

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Skuad Pahang perlu bangkit dan mencipta kemenangan apabila berdepan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, malam esok.

Kekalahan mengejut 1-3 di tangan Perak Sabtu lalu perlu dijadikan pengajaran kepada pemain yang seolah-olah terlalu selesa sebaik Skuad Tok Gajah mengesahkan layak ke saingan suku akhir Piala Malaysia.

Dengan merekodkan empat kemenangan dalam perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini, skuad kendalian Dollah Salleh yang diundi dalam Kumpulan C tidak sepatutnya beraksi sambil lewa dalam baki perlawanan yang masih ada.

Pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, semua pemain sepatutnya meneruskan rentak kemenangan bagi mempersiapkan pasukan berdepan saingan suku akhir yang lebih sengit selepas ini.

“Mereka (pemain) tidak sepatutnya menunjukkan aksi sambil lewa walaupun sudah mengesahkan mara ke suku akhir dan sebagai pasukan yang mempunyai pemain berkualiti, skuad Pahang perlu mempamerkan aksi lebih konsisten.

“Memanglah kita sudah layak, tapi itu tidak bermakna pasukan kita tidak mempunyai kelemahan… kalau boleh, baki perlawanan peringkat kumpulan digunakan sebaik mungkin untuk mengutip tiga lagi mata,” katanya.

Dalam Kumpulan C, hanya satu lagi slot menjadi perebutan dua pasukan iaitu Perak dan Pulau Pinang, masing-masing mengutip lapan dan lima mata. 

Pahang sudah mengesahkan tempat ke suku akhir selepas mengutip 12 mata daripada empat kemenangan.  

Pada perlawanan malam esok, Mohammed Suffian mengesahkan kapten pasukan, Matthew Davies tidak disenaraikan berikutan mengalami kecederaan. 

Katanya, skuad itu juga tidak mahu mengambil risiko menurunkan Davies kerana khidmat pemain pertahanan itu amat diperlukan pada saingan suku akhir.

Artikel Asal : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/09/607817/tok-gajah-perlu-garang-benam-pulau-pinang


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PMS1)
Malaysia Cup
Darulaman Stadium, ALOR SETAR

(PMS2)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN