Tok Gajah tak rela pulang tangan kosong

February 7, 2018

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang percaya tiga mata mampu diraih skuad itu apabila bertemu PKNS FC di Stadium Shah Alam, malam ini.

Biarpun bakal diberi tentangan sengit oleh tuan rumah, namun beliau yakin misi itu mampu dicapai bersandarkan komitmen daripada kejurulatihan dan pemain.

Katanya, kemenangan itu perlu untuk meletakkan skuad Tok Gajah pada kedudukan lebih baik selepas sekadar mengutip satu mata ketika seri tanpa jaringan dengan Perak pada perlawanan pertama Liga Super.

“Apa yang perlu dilakukan pemain adalah mengikut percaturan jurulatih (Dollah Salleh) dengan memperkasakan jentera serangan dan tengah.

“Saya percaya perlawanan pertama liga lalu banyak membantu dari segi memperbaiki segala kelemahan dan meningkatkan prestasi semua pemain.

“Tiada yang mustahil untuk meraih kemenangan ke atas PKNS FC kerana bersandarkan kepada pengalaman pemain, misi ini akan terlaksana,” katanya.

Justeru, Mohammed Suffian mahu semua pemain bijak menyempurnakan segala peluang yang ada untuk memastikan tiga mata menjadi milik skuad Tok Gajah.

Pada masa sama, katanya, jentera pertahanan juga diarah lebih bersedia kerana menjangkakan serangan awal akan dilakukan tuan rumah.

“Saya minta semua pemain Tok Gajah dapat mengekalkan disiplin sepanjang 90 minit perlawanan untuk mengelak dikecewakan lawan,” katanya.

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Amuk Pahang di Kuantan

    Rentetan kekalahan untuk kali ketiga Pahang berjaya dielakkan apabila membelasah Kuala Lumpur 4-0 dalam perlawanan ke-12 Unifi Liga Super Malaysia

    Read More…

  • Pahang hampa di Alor Setar

    Gol jaringan ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar serta pemain tengah import Liridon Krasniqi sudah cukup untuk  meranapkan hasrat Pahang untuk

    Read More…

  • Undilah Cruz dan Azam!

    Buat kali pertama pada musim ini, dua pemain Pahang menjadi pilihan panel pemilihan untuk dinobatkan Anugerah Pemain Terbaik PFAM-asiana.my untuk

    Read More…

  • Pahang dipaksa berkongsi mata dengan Kedah

    Misi Pahang mengekalkan kemenangan sebanyak 4 perlawanan berturut-turut tersekat apabila dipaksa seri 2-2 dengan pasukan Lang Merah, Kedah dengan pemain

    Read More…

  • PBNP ziarah keluarga arwah Pak Sheikh

    Pada 27 April lalu, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) telah melakukan ziarah hormat kepada keluarga Sheikh Mahd Idris bin Sheikh

    Read More…