Tok Gajah tanpa 3 tonggak utama jumpa Kedah

June 12, 2019

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Skuad Pahang yang akan bertandang ke Stadium Darul Aman bertemu Kedah Jumaat ini, mengesahkan bakal beraksi tanpa tiga tonggak utama.  

Mereka adalah dua pemain pertahanan, Herold Goulon dan Mohd Faisal Rosli serta pemain tengah, Mohamadou Sumareh kerana digantung satu perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning.  

Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, walaupun tanpa kehadiran tiga pemain itu, skuad kendaliannya sedia mengejutkan pasukan tuan rumah.

“Setakat ini, saya boleh sahkan Goulon, Faisal dan Sumareh tidak akan bersama kita dalam aksi Jumaat ini kerana masing-masing mengutip tiga kad kuning dan digantung satu perlawanan.

“Namun, saya tidak nampak ketiadaan ketiga-tiga pemain ini akan menyukarkan peluang kami mencatat kemenangan.

“Sesi latihan dijalankan selepas cuti Aidilfitri menunjukkan kesungguhan semua pemain merebut tempat dalam kesebelasan utama, jadi saya percaya mereka boleh memikul tanggungjawab dalam perlawanan itu nanti,” katanya.

Sepanjang musim ini, tiga pemain berkenaan sentiasa menjadi pilihan utama Dollah yang juga bekas jurulatih kebangsaan.

Dollah bagaimanapun percaya dengan kemampuan kapten pasukan, Matthew Davies, Nor Azam Azih, Norshahrul Idlan Talaha dan Faisal Halim untuk meneruskan cabaran Pahang dalam mengekalkan kedudukan dalam Liga Super dan meneruskan kemaraan dalam saingan Piala FA.

Artikel Asal : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/06/573430/tok-gajah-tanpa-3-tonggak-utama-jumpa-kedah


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PMS1)
Malaysia Cup
Darulaman Stadium, ALOR SETAR

(PMS2)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN