Tok Gajah tekad konsisten

August 1, 2018

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Pemain pertahanan Pahang, Mohd Faisal Rosli mengakui saingan Kumpulan D Piala Malaysia amat mencabar dan memerlukan persembahan konsisten jika mahu skuad itu melangkah lebih jauh.

  Dia berkata, ini kerana Selangor dan PKNP FC sudah pasti mahu menebus kekecewaan mereka apabila disekat daripada menjulang Piala FA musim ini.

  “Saya percaya mereka (Selangor dan PKNP) akan membalas dendam tewas, masing-masing dalam aksi final dan separuh akhir Piala FA lalu.

“Berdepan Selangor dan PKNP memerlukan kami lebih bersedia terutama dari segi mental untuk mengekang serangan lawan yang padu.

“Bagaimanapun kami tidak boleh memandang mudah keupayaan Sabah biarpun mereka beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini,” katanya yang turut dikenali sebagai Tocang.

Justeru, Faisal berkata, tumpuan skuad Tok Gajah bukan saja memperkasakan pertahanan tetapi jentera serangan diharap lebih berbisa.

Katanya, masalah ketumpulan bahagian serangan dalam saingan Liga Super akan diatasi sebaik kempen Piala Malaysia bermula Sabtu ini.

“Kami tidak boleh hilang mata terutama beraksi di laman sendiri dan fokus utama adalah mempertingkatkan prestasi dan sentiasa konsisten pada setiap perlawanan.

“Pada masa sama, misi kami adalah muncul juara kumpulan dan ia diharap menjadi kenyataan,” katanya.

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Pahang terus pimpin liga

    Pahang kembali merampas kedudukan teratas liga setelah menang bergaya dengan keputusan 3-0 kepada pasukan jiran Terengganu FC dalam saingan Liga Super malam tadi.

  • Tiket mula dijual esok

    Penjualan tiket bagi perlawanan pertama Liga Super di antara Pahang menentang Terengganu FC di Stadium Darul Makmur pada hari Sabtu akan dilakukan pada esok pagi.

  • Kim Swee panggil 3 pemain Pahang

    Ketua Jurulatih B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan 26 senarai pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat skuad itu yang mana 3 daripadanya adalah dari pasukan Pahang.

  • Nwakaeme buktikan masih berbisa

    Dua jaringan ‘orang besi’ Dickson Nwakaeme sudah cukup untuk membuktikan bisanya masih belum hilang setelah membantu Pahang membenam cabaran Kuala

    Read More…

  • Pemain dan Jersi baru Pahang diperkenal

    Pasukan Pahang semalam mengadakan sesi memperkenalkan pemain dan juga jersi terbarunya jenama UMBRO dalam majlis penuh meriah dihadiri ribuan peminat

    Read More…

Copyright © 2015 Pahang FA. All Right Reserved