Tok Gajah tempang layan JDT

June 12, 2018

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Pahang terpaksa turun tanpa dua tonggak utama apabila melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Dua pemain itu adalah Safuwan Baharudin dan Nor Azam Azih, masing-masing digantung perlawanan kerana kad merah dan kad kuning.

Ia disahkan pengurus Datuk Mohammed Suffian Awang yang mengakui skuad Tok Gajah perlu bekerja keras apabila melayan kunjungan Harimau Selatan itu.

“Kami akan beraksi tanpa dua tonggak utama (Safuwan dan Azam) yang pasti memberi kesan terhadap persembahan pasukan, malam esok.

“Ini kerana mereka adalah kesebelasan utama ketika pasukan tewas tipis 0-1 kepada JDT Jumaat lalu dan ia sedikit sebanyak menjejaskan percaturan pasukan.

“Tapi sebagai pasukan yang mementingkan semangat kerja sepasukan, saya percaya mereka akan mempamerkan persembahan meyakinkan,” katanya.

Ditanya peluang mengutip tiga mata di laman sendiri, Suffian berkata, kembalinya Austin Amutu selepas pulih daripada kecederaan akan membantu memperkasakan jentera serangan.

“Sudah pasti saya mahu Amutu dan Issey Nakajima dapat membantu pasukan mencatat kemenangan selepas mereka menyertai kami pada jendela perpindahan baru-baru ini.”

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Pahang terus pimpin liga

    Pahang kembali merampas kedudukan teratas liga setelah menang bergaya dengan keputusan 3-0 kepada pasukan jiran Terengganu FC dalam saingan Liga Super malam tadi.

  • Tiket mula dijual esok

    Penjualan tiket bagi perlawanan pertama Liga Super di antara Pahang menentang Terengganu FC di Stadium Darul Makmur pada hari Sabtu akan dilakukan pada esok pagi.

  • Kim Swee panggil 3 pemain Pahang

    Ketua Jurulatih B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan 26 senarai pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat skuad itu yang mana 3 daripadanya adalah dari pasukan Pahang.

  • Nwakaeme buktikan masih berbisa

    Dua jaringan ‘orang besi’ Dickson Nwakaeme sudah cukup untuk membuktikan bisanya masih belum hilang setelah membantu Pahang membenam cabaran Kuala

    Read More…

  • Pemain dan Jersi baru Pahang diperkenal

    Pasukan Pahang semalam mengadakan sesi memperkenalkan pemain dan juga jersi terbarunya jenama UMBRO dalam majlis penuh meriah dihadiri ribuan peminat

    Read More…

Copyright © 2015 Pahang FA. All Right Reserved