Tok Gajah tidak gentar

March 14, 2017

Oleh : Asrol Awang

Kuantan: Kapten Pahang, Matthew Davies (gambar, tengah) percaya skuad itu mampu menjinakkan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pada suku akhir Piala FA.

Pemain kelahiran Australia itu berkata, kekalahan 2-3 kepada skuad Harimau Selatan pada saingan Liga Super tidak akan menghalang misi skuad Tok Gajah.

Menurutnya, persembahan meyakinkan pada saingan Liga Super dan melangkah ke suku akhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Melaka United menjadi suntikan semangat dalam laluan ke final.

“Oleh itu, apa yang perlu kami lakukan adalah memastikan prestasi dan komitmen pasukan berada pada tahap terbaik memandangkan ia peluang untuk mengucup kejuaraan musim ini.

“Kekalahan tipis 2-3 pada saingan liga nembuktikan kami mampu memberikan tekanan kepada lawan biarpun mereka juara bertahan dan berada pada prestasi terbaik.

“Saya menjangkakan saingan sengit akan dipersembahkan kedua-dua pasukan biarpun peluang adalah sama rata iaitu 50-50,” katanya.

Justeru, Davies yang beraksi di posisi pertahanan akan memastikan kubu Tok Gajah akan lebih kebal dengan sokongan rakan sepasukan.

Katanya, sudah pasti setiap pasukan akan cuba meraih keputusan baik pada suku akhir pertama sebagai bekalan pada baki 90 minit.

“Oleh itu kami tidak akan membiarkan lawan mengambil kesempatan dan pastikan kemenangan selesa diraih pada aksi pertama itu nanti,” kata pemain berusia 23 tahun itu.

Kali terakhir Pahang menjulang Piala FA pada 2014 yang ketika itu dibimbing Zainal Abidin Hassan.

Berita asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PM4)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(PM5)
Malaysia Cup
Perak Stadium, IPOH