Tonik terbaik untuk saya – Afif

March 10, 2017

Pertahanan Pahang, Afif Amiruddin tidak dapat menyembunyikan keterujaan beliau untuk kembali menyarung jersi Harimau Malaysia setelah kali terakhir melakukannya semasa Kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 pada tahun 2015.

Beliau yang mengaggap pemilihan ini sesuatu yang positif dan tonik terbaik baginya yang ketika ini sedang membuat persiapan menghadapi Melaka United dalam saingan Piala FA dan mahu membalas kepercayaan Datuk Ong Kim Swee atas pemilihan ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Dollah Salleh kerana membimbing beliau untuk kembali ke prestasi terbaik sehingga mendapat perhatian panel pemilihan skuad kebangsan.

“Bagi saya, pemilihan mewakili skuad kebangsaan  merupakan sesuatu yang positif bagi seseorang individu yang bergelar pemain.

“Kembali terpilih ke skuad kebangsaan menandakan prestasi semasa saya sudah diambil perhatian dan saya teruja untuk kembali menyarung jersi Malaysia.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Coach Dollah Salleh kerana membimbing saya kembali ke prestasi terbaik dan juga kepada Datuk Ong Kim Swee kerana memberi kepercayaan kepada saya.

Ketika ditanya tentang persediaan perlawanan pada malam Sabtu, Afif menyeru rakan-rakan sepasukan untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk menewaskan Melaka United sekaligus layak ke suku akhir setelah Pahang gagal melakukannya pada musim lepas.

Bagi beliau kemenangan sahaja akan memberi motivasi tambahan selain mengembalikan keyakinan peminat kepada pasukan setelah tewas kepada JDT di saingan Liga Super jumaat lepas.

“Perlawanan pada malam ini sangat penting untuk motivasi kami setelah tewas dengan JDT sebelum ini.

“Kami sedar, hanya kemenangan dan seterusnya layak ke suku akhir akan menjadi tonik semangat pada kami dan juga penyokong yang tidak henti-henti memberi sokongan kepada kami.

Insya Allah kami akan buat sehabis baik untuk peminat sebelum liga berehat sementara selepas ini.”

Pahang akan menentang Melaka United pada hari Sabtu dalam pusingan ketiga Piala FA yang mana perlawanan akan diadakan di Stadium Darulmakmur.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…