‘Tubuh lemah, sendi sakit’

February 9, 2017

Oleh Asrul Awang

Kuantan: Penjaga gol Pahang Wan Azraie Wan Teh (gambar) berkemungkinan besar tidak diturunkan ketika kunjungan ke Stadium Darul Aman selepas mengalami masalah kesihatan.

Pemain kelahiran Kuala Terengganu itu demam dan batuk sejak kelmarin sekali gus mengakibatkan terlepas menjalani latihan.

Menurut Wan Azraie, tahap kesihatannya tidak mengizinkan untuk berlatih sejak pulang dari Kuching, Sarawak.

“Tubuh saya agak lemah kerana selain demam dan batuk, sendi juga terasa sakit.

“Jika boleh saya memang mahu bersama pasukan kerana kami akan bertemu Kedah yang bukan calang-calang hebatnya.

“Tapi segala-galanya akan diketahui dalam tempoh dua atau tiga hari ini,” katanya.

Sepanjang tiga perlawanan lalu, Wan Azraie mempamer prestasi mengagumkan apabila hanya melepaskan satu gol ketika seri 1-1 dengan Perak dan gawangnya kekal bersih pada aksi menentang T-Team serta Sarawak.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…