Tugas sukar Pahang di suku akhir

March 21, 2018

Seakan-akan lawan tradisi di Piala FA, Pahang sekali lagi di ‘jodoh’kan dengan Johor DT apabila kedua-dua pasukan akan bertemu sesama sendiri dalam peringkat suku akhir Shopee Piala Malaysia 2018 setelah majlis undian selesai dijalankan semalam.

Berlangsung di Restoran Hard Rock, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur, majlis undian tersebut turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingan, wakil Shopee selaku penaja utama, wakil pasukan bertanding dan juga petugas media.

Bermula pada jam 4 petang, undian ini juga disiarkan secara langsung melalui aplikasi penstriman, Iflix.

Perlawanan peringkat suku akhir akan dijalankan secara timbal balik dengan Pahang akan menjadi tuan rumah terlebih dahulu di Stadium Darul Makmur yang dijadualkan antara 6 hingga 8 April dan Johor DT akan menjadi tuan rumah untuk perlawanan kedua di Larkin pada 20 hingga 22 April 2018.

Tarikh sebenar akan diumumkan FMLLP sebaik sahaja menilai segala aspek seperti kesesuaian pasukan dan juga liputan secara langsung.

Ini adalah kali ke 4 Pahang bertemu Johor DT dalam saingan Piala FA sejak 2013 dengan kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu Pahang menyingkirkan Johor DT yang juga di peringkat suku akhir dengan argregat 4-3.

Berikut adalah perlawanan-perlawanan suku akhir setelah undian selesai semalam :


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features