Undian seimbang skuad Presiden, Belia

February 2, 2017

Dua pasukan muda Pahang iaitu Skuad Piala Presiden dan Skuad Piala Belia dilihat mempunyai peluang yang seimbang untuk mara ke peringkat kalah mati selepas Majlis undian bagi pertandingan Piala FAM, Piala Presiden & Piala Belia 2017 telah berlangsung di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam pada petang tadi

Disempurnakan oleh Setiausaha Agung FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin; majlis itu juga dihadiri oleh wakil-wakil dari pasukan bertanding yang sebelum itu telah berkampung selama dua hari bagi sesi taklimat pertandingan untuk musim 2017.

Pahang yang mengekalkan Ketua Jurulatih musim lalu Shahrulnizam Sahat diundi dalam kumpulan B bersama Naib Juara tahun lalu TTeam FC dan juga Selangor dan Perak.

Pasukan lain yang menghuni kumpulan B ialah Sabah, ATM, PKNS FC, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan juga pendatang baru dari utara PKNP FC.

Bagi pasukan Piala Belia yang terkandas pada peringkat kumpulan pada persaingan pada tahun lepas akan menghuni kumpulan A bersama pasukan yang mara ke separuh akhir 2016 iaitu Kedah dan Kelantan.

PIALA PRESIDEN 2017 KUMPULAN A B 0

Selain itu, Pulau Pinang, JDT IV, Sarawak, Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B-17, Terengganu serta dua pasukan baharu musim ini iaitu PKNS FC dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) B-17 melangkapkan senarai kumpulan A.

Skuad Piala Belia masih mengekalkan Fahim Kow Abdullah sebagai Ketua Jurulatih sambil dibantu oleh Ali Tahar dengan sasaran untuk layak ke suku akhir.

PIALA BELIA 2017 KUMPULAN A B 0

Persaingan Piala Presiden & Piala Belia 2017 masih kekal dengan format lama iaitu empat pasukan teratas setiap kumpulan selepas perlawanan liga dua pusingan akan layak ke peringkat kalah mati iaitu suku akhir, separuh akhir dan final yang akan dijalankan secara timbal balik.

Sepak mula bagi Piala Presiden 2017 ialah pada 23 Februari (Khamis) manakala untuk Piala Belia pada 26 Februari (Ahad).

Foto : Laman Sesawang FAM


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Pahang terus pimpin liga

    Pahang kembali merampas kedudukan teratas liga setelah menang bergaya dengan keputusan 3-0 kepada pasukan jiran Terengganu FC dalam saingan Liga Super malam tadi.

  • Tiket mula dijual esok

    Penjualan tiket bagi perlawanan pertama Liga Super di antara Pahang menentang Terengganu FC di Stadium Darul Makmur pada hari Sabtu akan dilakukan pada esok pagi.

  • Kim Swee panggil 3 pemain Pahang

    Ketua Jurulatih B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan 26 senarai pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat skuad itu yang mana 3 daripadanya adalah dari pasukan Pahang.

  • Nwakaeme buktikan masih berbisa

    Dua jaringan ‘orang besi’ Dickson Nwakaeme sudah cukup untuk membuktikan bisanya masih belum hilang setelah membantu Pahang membenam cabaran Kuala

    Read More…

  • Pemain dan Jersi baru Pahang diperkenal

    Pasukan Pahang semalam mengadakan sesi memperkenalkan pemain dan juga jersi terbarunya jenama UMBRO dalam majlis penuh meriah dihadiri ribuan peminat

    Read More…

Copyright © 2015 Pahang FA. All Right Reserved