Undilah Cruz dan Azam!

May 6, 2018

Buat kali pertama pada musim ini, dua pemain Pahang menjadi pilihan panel pemilihan untuk dinobatkan Anugerah Pemain Terbaik PFAM-asiana.my untuk bulan April bagi Kategori Liga Super seperti yang diumumkan oleh PFAM melalui laman web dan rangkaian media sosialnya semalam.

Dua pemain tersebut ialah pemain tengah muda yang sedang meningkat naik, Nor Azam Azih dan juga penyerang import dari Brazil yang menjaringkan hatrick di suku akhir Shopee Piala FA untuk menyingkirkan Johor DT, Patrick Cruz.

  1. Nor Azam bin Abdul Aziz

Nor Azam bukan penjaring gol yang prolifik namun dia ibarat ‘jantung’ kepada pasukan Pahang. Memainkan watak penting dalam mencorak permainan dan tidak keterlaluan untuk menggangkat pemain berusia 23 tahun ini sebagai antara pemain tengah terbaik yang dimiliki negara ketika ini.

2. Patrick Da Santos Cruz

Selain 1 gol sepakan gunting yang dihasilkan beliau ketika kemenangan 2-0 ke atas Melaka United, Patrick Cruz turut bertanggungjawab mencipta 4 peluang gol untuk rakan sepasukannya dalam 2 perlawanan Liga Super pada bulan April 2018.

Untuk mengundi, sila layari pautan berikut http://pfam.my/superapr18/

 


Comments

  1. Arif - May 6, 2018 at 3:23 pm

    please sell the game ticket and season pass in this website

    Reply
  2. Olavo - May 8, 2018 at 9:42 pm

    Patrick Cruz is the best player ever👍👍👍

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Amuk Pahang di Kuantan

    Rentetan kekalahan untuk kali ketiga Pahang berjaya dielakkan apabila membelasah Kuala Lumpur 4-0 dalam perlawanan ke-12 Unifi Liga Super Malaysia

    Read More…

  • Pahang hampa di Alor Setar

    Gol jaringan ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar serta pemain tengah import Liridon Krasniqi sudah cukup untuk  meranapkan hasrat Pahang untuk

    Read More…

  • Undilah Cruz dan Azam!

    Buat kali pertama pada musim ini, dua pemain Pahang menjadi pilihan panel pemilihan untuk dinobatkan Anugerah Pemain Terbaik PFAM-asiana.my untuk

    Read More…

  • Pahang dipaksa berkongsi mata dengan Kedah

    Misi Pahang mengekalkan kemenangan sebanyak 4 perlawanan berturut-turut tersekat apabila dipaksa seri 2-2 dengan pasukan Lang Merah, Kedah dengan pemain

    Read More…

  • PBNP ziarah keluarga arwah Pak Sheikh

    Pada 27 April lalu, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) telah melakukan ziarah hormat kepada keluarga Sheikh Mahd Idris bin Sheikh

    Read More…