Vathanaka tak sabar rasai aura Darulmakmur

January 12, 2018

Pemain tengah import Pahang dari Kemboja, Chan Vathanaka teruja kerana kehadirannya dalam pasukan Pahang pada musim 2018 ini diterima baik oleh pihak pengurusan, rakan sepasukan dan juga peminat-peminat.

Beliau yang sebelum ini berpeluang menimba pengalaman beraksi di Liga Jepun bersama dengan Fujieda MYFC mengakui sangat gembira apabila dapat bermain dengan pasukan yang disegani dan mempunyai sejarah yang hebat.

“Saya teruja apabila ditawarkan menyertai Pahang dan saya yakin bahawa peluang sebegini tak sepatutnya dilepaskan.

Setelah melihat kepada video-video pasukan Pahang di internet terutama sorakan peminatnya membuatkan saya rasa tidak sabar untuk beraksi di Liga Malaysia dan merasai sendiri auranya di stadium”.

Vathanaka juga sedar setelah beliau mengumumkan  akan beraksi dengan Pahang, peminatnya di Kemboja sudah mula mengikuti perkembangan Pasukan Pahang dan malahan ada yang menubuhkan kelab penyokong Pahang di Kemboja melalui aplikasi facebook.

“Apa yang saya mahukan ialah semangat sokongan yang tidak berbelah bahagi oleh peminat di sini dan juga di negara tanah air saya supaya dapat memberikan sesuatu yang terbaik dalam saingan liga nanti.

Saya sangat optimis dengan keupayaan Pahang setelah aksi pra musim di Bangkok dan pasti akan membantu kelab dalam mengejar kejuaraan dalam Liga Malaysia”

Pemain lincah yang baru berumur 23 tahun ini boleh bermain di posisi sayap dan tengah menyerang serta mampu untuk menghadirkan gerun kepada pihak lawan jika mengambil sepakan percuma.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features