Vingada panggil dua pemain Pahang perkuat skuad

August 4, 2017

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada sebentar tadi mengumumkan 2 pemain Pahang diantara 24 pemain yang dipanggil untuk menyertai latihan pusat bagi pasukan kebangsaan yang bermula pada 14 Ogos ini di Melaka.

Kedua-dua pemain tersebut yang beraksi di posisi tengah iaitu pemain kelahiran Sepanyol, Fransisco Insa Bohigues atau dikenali sebagai Kiko serta pemakai jersi no 11, Ahmad Syamim Yahya.

8

Pengumuman ini bermakna pemain yang mendapat panggilan sebelum ini iaitu Afif Amiruddin, Faisal Rosli serta Wan Zahirulnizam digugurkan manakala Matthew Davies dan Norazam Azih dilepaskan untuk menyertai pasukan bawah 22 tahun yang dikendalikan Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi Sukan SEA yang dijangka berlangsung pada bulan ini.

Panggilan ini merupakan yang pertama bagi Kiko semenjak mendapat kewarganegaraan pada awal tahun lepas manakala bagi Syamim ini yang kedua selepas Vingada mengambil alih tugas Ketua Jurulatih Harimau Malaya.

Pemain-pemain diarah melapor diri pada 14 Ogos dan akan menjalani latihan selama seminggu sebelum dijadualkan menghadapi 3 perlawanan persahabatan dimulakan dengan menentang Syria pada 22 Ogos di Stadium Hang Jebat diikuti  Macau (25 Ogos) di Macau dan Mynmmar (29 Ogos) di Yangon.

Selepas itu, para pemain akan kembali ke tanahair untuk persedian menghadapi Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong pada 5 September yang dijadualkan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN