Ze Love inpirasi Pahang benam PKNP

March 3, 2019

Satu jaringan serta satu assist dari penyerang import Pahang dari Brazil, Jose Eduardo menjadi inspirasi kepada pasukan Pahang untuk membenam PKNS di Stadium MP Manjung malam tadi.

Eduardo yang lebih dikenali sebagai Ze Love membuka akaun jaringannya di Liga Super 2019 apabila meledak gol beliau seawal minit ke 2 serta membuka peluang kepada Norshahrul Idlan Talha pada minit ke 78 untuk menjaringkan gol.

Ze Love meraikan jaringan kedua bersama Dickson Nwakaeme dan Wan Zaharulnizam

Pahang yang kehilangan tiga tonggak sebelum perlawanan membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utama apabila mempertaruhkan gandingan Afif Amiruddin dan Bunyamim Umar di bahagian pertahanan tengah manakala Wan Zaharulnizam menggantikan Safuwan Baharuddin yang digantung perlawanan.

Dickson Nwakaeme yang disisihkan semasa perlawanan menentang Selangor kembali bergandingan dengan Ze Love manakala Norshahrul mengambil tempat Saddhil Ramdani yang bermula dari bangku simpanan.

Detik Norshahrul menewaskan Shafiq Afifi untuk gol ketiga Pahang.

Pahang tidak menunggu lama untuk mendahului PKNP apabila satu gerakan menarik antara Faisal Rosli dan Norshahrul Idlan Talha membolehkan Ze Love melakukan tanpanan mudah ke dalam gawang PKNP seawal minit ke-2

PKNP bagaimanapun tidak menyerah kalah dan melancarkan beberapa siri serangan kepada kubu Pahang namun Helmi Eliza kental mempertahanankan kubu Pahang daripada bolos

Helmi Eliza memintas penyerang lawan dari cuba menembusi gol Pahang.

Pahang kemudiannya menambah gol kedua juga selepas hanya 4 minit permainan bersambung di babak kedua setelah Dickson Nwakaeme melepasi kawalan beberapa pertahanan PKNP sebelum mudah menewaskan Syafiq Afifi.

Norshahrul Idlan akhirnya menghentikan semangat juang pasukan tuan rumah setelah menjadikan kedudukan 3-0 apabila menyambung gerakan solo Ze Love sebelum itu Pahang terus selesa sehingga tamat masa perlawanan.

Kemenangan ini membolehkan Pahang memintas kedudukan Kedah di tempat kedua atas kelebihan jumlah jaringan walaupun berkongsi mata yang sama manakala Johor DT mengambil alih kedudukan teratas liga dengan hanya perbezaan 2 mata.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS18)
Super League
Shah Alam Stadium, SHAH ALAM

(S2FA)
Shopee FA Cup
Perak Stadium, IPOH